Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tayang Gambar Melanc*p Di Foto Isteri, Ramai Tak Sangka Ini Yang Hafiz Mahamad Buat

hafiz mahamad

Trending

Lelaki Tayang Gambar Melanc*p Di Foto Isteri, Ramai Tak Sangka Ini Yang Hafiz Mahamad Buat

Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad akhirnya bersuara selepas lebih tiga bulan senyap daripada media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: Hafiz Mahamad Bagi Staf RM10,000 Sebab ‘Struggle’ Cari Duit Kahwin Sampai Ikat Perut

Dalam hantaran yang dibuat di TikTok, Hafiz mendedahkan Aina rupa-rupanya menjadi mangsa gangguan seksual seorang pengguna aplikasi X. Individu itu menggunakan gambar Aina untuk melampiaskan nafsu (beronani).

@hafizmahamad

Awak semua sahabat baik saya, doakan saya & isteri selalu ❤️

♬ original sound – Hafiz Mahamad

Rasa marah dengan insiden itu, Hafiz menjejaki pelaku dan bertemu empat mata dengannya. Hafiz terkejut mendapat tahu pelaku seorang yang sangat muda.

hafiz mahamad

Katanya, jika dia mengambil tindakan lapor polis atau saman sudah tentu masa depan lelaki itu akan musnah.

Saya perlukan tiga perkara saja daripada pelaku itu. Satu, datang ke office saya berjumpa saya secara direct. Minta maaf dengan Aina di depan saya. Saya nak tengok permohonan maaf tu. No video, tak ada posting pasal awak tak ada.

Yang kedua, saya nak awak telefon ibu awak depan mata saya mohon maaf. Tak perlu cerita salah awak kerana saya tahu awak takut nak beritahu perkara sebenar. Mungkin ibu boleh ampunkan dosa awak.

Paling mengejutkan, Hafiz telah menghadiahkan pelaku tiket umrah supaya dia dapat memohon ampun kepada Allah SWT.

Hafiz memberi peluang ini kerana pelaku masih muda dan mungkin ada ‘penyakit’ yang perlu diubati.

Selain isu tersebut, Hafiz juga menjawab kritikan netizen antaranya mengenai video viral menengking pekerja dan kulit mukanya yang berkawah.

Hafiz juga menjawab kecaman netizen yang mereka menyampah apabila usahawan ini kerap menyanjungi isteri.

Kredit: TikTok @hafizmahamad

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas