Trending
Lelaki Pukul Ibu Mentua Hingga Maut Kerana Geram Asyik Diberi Teguran
Di Desa Purbayan Kecamatan Baki, Sukoharjo, Indonesia, seorang lelaki berusia 35 tahun telah memukul ibu mentuanya di kepala dengan menggunakan tukul sehingga maut.
Menerusi laporan Detik, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sukoharjo, AKP Dimas Bagus Pandoy berkata kejadian ini berlaku kerana lelaki tersebut tidak suka dengan teguran yang sering kali diberikan oleh ibu mentuanya itu.
Disebabkan rasa geram suspek telah memukul kepala mangsa sehingga menyebabkan cedera parah.
Kejadian ini berlaku pada 15 September lalu, Namun, selepas seminggu menerima rawatan mangsa akhirnya meninggal dunia pada 22 September.
Dimas juga menjelaskan bahawa pada awalnya keluarga mangsa tidak berniat melaporkan kejadian ini. Namun, setelah mangsa meninggal dunia, keluarga akhirnya memutuskan untuk membuat laporan kepada pihak polis.
Semalam, kami terus menangkap suspek di rumahnya, setelah menerima laporan dari pihak keluarga.
Dalam kes ini, suspek berdepan dengan tuduhan di bawah Seksyen 351 perenggan 3 Kanun Keseksaan berkaitan penganiayaan yang mengakibatkan kehilangan nyawa, dan berdepan hukuman penjara maksimum 7 tahun.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM