Connect with us

Oh! Media

Trending

Lelaki Maut Kena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Internet Di Membakut

Dilaporkan seorang pekerja kontraktor berusia 19 tahun meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat kerja pemasangan internet di Kampung Sinoko, Jalan Bambangan, Membakut, pada petang Selasa. 

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira jam 4.30 petang dan mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

IKLAN

Lima anggota dikejarkan ke lokasi 

Elektrik

Pihak Bomba telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.40 petang sebelum lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 28 kilometer dari BBP Kimanis. Perkara itu disahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan.

Menurut laporan, terdapat seorang lelaki terkena renjatan elektrik dan menurut rakan mangsa, dia terkena di tiang elektrik ketika pemasangan internet sebuah syarikat jalur lebar.

Mangsa telah dihantar ke hospital oleh rakan sekerjanya sebelum pasukan bomba tiba dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas.

Operasi tamat kurang dari satu jam

Elektrik

Selepas tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba telah memastikan kawasan itu selamat bagi mengelakkan risiko kepada orang awam dan operasi ditamatkan pada jam 5.12 petang,

#OhmediaNasihat

Insiden ini mengingatkan kita betapa pentingnya keselamatan semasa bekerja terutama ketika berhadapan dengan elektrik. Pastikan setiap prosedur keselamatan dipatuhi untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas