Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ini Maafkan Wanita Ambil Kad Debit Tertinggal Di Kaunter, Mengaku ‘Terguna’ 4 Kali

Trending

Lelaki Ini Maafkan Wanita Ambil Kad Debit Tertinggal Di Kaunter, Mengaku ‘Terguna’ 4 Kali

Viral di media sosial rakaman video menunjukkan seorang wanita membelanjakan kad debit pelanggan lain yang tertinggal di kaunter sebuah restoran di Stadium Sultan Ibrahim Johor.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian laman JDTFC, wanita memakai tudung biru itu dikatakan dengan selamba ‘tap’ kad debit pelanggan tertinggal itu untuk membeli burger. Bukan beli burger di restoran tu je, wanita tu juga guna kad tu di tempat lain.

Terbaru, pemilik kad memaklumkan kes dah selesai apabila pesalah menghubunginya dan mereka berjumpa kira-kira 9 malam semalam di Puteri Harbour.

Ibu kepada 3 orang anak itu mengaku ‘terguna’ kad sebanyak 4 kali iaitu 2 kali di restoran Woodfire dan 2 kali di KK Mart.

Wanita itu berkata dia membeli barang-barang kegunaan harian keluarga.

Mendengar penjelasan itu, pemilik kad menghalalkan semua duit yang dibelanjakan. Pemilik kad mengaku cuai menyebabkan kad ATMnya tertinggal di kaunter semasa membeli makanan.

Baiknya hati brader ni kan? Diharapkan rezekinya melimpah ruah selepas ni.

Kredit: Kosmo! | JDTFC | Facebook Arzaim Barimin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas