Connect with us

Oh! Media

Lelaki Dijumpai Maut Terapung Dalam Sungai, Tertekan Dijangkiti Wabak?

Trending

Lelaki Dijumpai Maut Terapung Dalam Sungai, Tertekan Dijangkiti Wabak?

Seorang lelaki ditemukan mati di Sungai Perak yang berhampiran sebuah kedai makan di Dataran Udang Galah, Teluk Intan. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Kononnya Disamun Dan Diperkosa Bergilir-Gilir, Wanita Buat Laporan Palsu Didenda RM2k

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang berusia 54 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan terapung petang semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan luka pada tubuh mangsa, yang ada hanya gelang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berwarna pink yang dipakai menunjukkan tarikh kuarantin bermula daripada 18 Mac.

Menurut kakak mangsa, adiknya masih bujang serta tinggal berseorangan di Teluk Intan. Kali terakhir dia berhubung dengan mangsa, kelmarin.

Mangsa yang bekerja sebagai buruh itu dipercayai tertekan kerana dijangkiti wabak. Mayat mangsa telahpun dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan bagi mengetahui punca sebenar kematian menerusi bedah siasat.

Allahu, kesiannya.. Semoga kita semua dijauhkan dari wabak ini dan diharapkan agar ianya akan berakhir secepat mungkin supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas