Connect with us

Oh! Media

Lelaki Didakwa Rogol Teman Wanita Berusia 14 Tahun

E109046a a64c 4e2d a0bc 8b5db08095f0

Trending

Lelaki Didakwa Rogol Teman Wanita Berusia 14 Tahun

Seorang lelaki yang merupakan pengurus tapak projek pembinaan didakwa merogol teman wanita yang juga remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu harini ini.

BACA : Cerita Babak Rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi Mengaku Salah Dan Mohon Maaf

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang berusia 24 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap teman wanitanya yang baru saja berusia 14 tahun di sebuah rumah pada Jumaat lepas.

IKLAN

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Keluarga akan bayar jaminan

Bapa kepada tertuduh telah memberi jaminan bahawa anak mereka tidak akan mengganggu mangsa serta akan membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah nanti.

Mahkamah telah menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 oleh seorang penjamin dengan syarat tidak menggangu mangsa selepas ini. Tertuduh juga diminta untuk melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Walaubagaimanapun, tertuduh telah membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah dan tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan pada 2 Disember nanti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas