Connect with us

Oh! Media

Berani Dedah Rahsia Sebenar Kedai Ayam ‘Viral’, Lelaki Sedia Jika Dibuang Kerja

5d1082b0 391b 41ea a47a 3a2780ad14f0

Trending

Berani Dedah Rahsia Sebenar Kedai Ayam ‘Viral’, Lelaki Sedia Jika Dibuang Kerja

Ingat lagi dulu ada satu kedai jual ayam ni pernah viral dekat laman sosial dan ramai kata yang ayam ni jauh lagi sedap daripada Ayam Uncle Bob. Korang yang selalu pergi ‘mall’ mesti perasankan ada satu kedai makanan segera yang jual ayam sama macam Ayam Uncle Bob? Haaa tapi ayam yang ni versi ‘mall’ punyalah dan harga pun hampir kurang sama.

Jujurnya agak terkejut dengan tinjauan yang dibuat oleh Team Oh! Media di Twitter semalam, apabila seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Naddy (@esdeath__) berkongsi beberapa keping gampar ‘screenshoot’ yang diambil daripada Instagram milik kawannya.

Paparan ‘screenshot’ asal itu telah dimuat naik oleh seorang lelaki yang dikatakan bekerja sebagai penghantar ayam dan dia juga turut ditugaskan untuk menghantar ayam ke premis-premis di kompleks membeli-belah. 

IKLAN

Lebih mengejutkan apabila dia mendedahkan bahawa ayam ‘viral’ yang menjadi kesukaaan ramai orang itu sebenarnya telah menggunakan ayam tebuk (ayam yang tidak disembelih secara kaedah Islam) dalam penyediaan menu kegemaran ramai itu.

9a532b04 0235 4669 a231 f9c5a224194c
Paparan screenshot yang dikongsikan oleh Naddy di akaun Twitternya

Naddy turut berkongsi paparan video yang dimuat naik lelaki itu yang mengaku bahawa dia telah menghantar sendiri bekalan ayam tebuk tersebut ke premis itu yang terletak di Aman Central, Alor Star. (Video asal telah pun dipadam oleh Naddy)

Untuk pengetahuan semua, saya sendiri yang hantar ayam dekat situ dan apa yang saya cakap ni pun, saya dah bersedia kalau dibuang kerja.

Saya tak kisah pun kalau kena buang kerja, yang penting saya boleh bagitahu kepada semua orang Islam kita yang benda (ayam) tu kita tak boleh makan. – Kata lelaki itu di dalam video.

Selain itu, Naddy juga dikatakan telah menghantar (DM) keseluruhan paparan ‘screenshot’ dan video daripada ‘tweet’ itu kepada Twitter rasmi JAKIM untuk dibuat siasatan lebih lanjut.

08aafd3d 1639 4db3 b0ed 6084e3aa4f1c

Dah siap bagi video apa semua. Jadi kalau terbukti salah, saya ‘delete tweet’ ini. – Tulis Naddy di Twitter.

Rata-rata netizen di Twitter turut mengutarakan pandangan masing-masing dan ada juga yang turut bedebat mengenai isu sijil halal yang telah dimiliki oleh premis itu dibeberapa lokasi yang lain. 

2a03a005 425c 473c bf26 fb2c023220b2
0ea27682 6e61 473d 8f8c 2115af390c5e
01dec0c8 dd85 4bdb 9605 49f83f7a01a2
0d48adbb 556a 4499 b0c7 bc78bb6965d4

Jadi, kesimpulannya tak semua ‘outlet’ dah peroleh sijil halal. Tapi disebabkan ada sesetengah ‘outlet’ yang dah dapat sijil halal, jadi ada netizen-netizen yang menggangap yang ianya halal untuk dimakan. Apapun benar sekali kenyataan ‘kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam membuat pilihan‘

Kredit: Naddy

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas