Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ceroboh Dan Rogol Warga Emas Yang Sedang Tidur Di Pusat Kebajikan

Trending

Lelaki Ceroboh Dan Rogol Warga Emas Yang Sedang Tidur Di Pusat Kebajikan

Seorang lelaki disyaki telah menceroboh sebuah pusat kebajikan orang tua dan merogol seorang wanita warga emas. Kau dah kenapa bang?

ADVERTISEMENT

BACA : Pandelela Dedah Jurulatih Kerap Buat Lawak Lucah, Kini Didakwa Kes Rogol?

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di sekitar Seri Alam pada malam Rabu lepas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

Lelaki yang merupakan seorang pengutip besi buruk berusia 45 tahun itu bagaimanapun telah ditahan pada 8 malam kelmarin selepas laporan polis dibuat pemilik premis pusat berkenaan pada belah tengah hari di hari yang sama.

Pemilik pusat kebajikan berkenaan dimaklumkan oleh penjaga pusat itu bahawa pada 12.30 tengah malam, terdapat seorang lelaki telah menceroboh masuk melalui tingkap bawah pusat berkenaan yang tidak ditutup.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kelihatan seorang lelaki menceroboh masuk dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap warga emas yang sedang tidur.

Polis juga turut merampas pakaian suspek yang dipercayai digunakannya semasa kejadian. Hasil ujian air kencing mendapati keputusannya adalah negatif dan siasatan mendapati bahawa suspek mempunyai satu rekod jenayah bersama tiga rekod berkaitan dadah.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya kerana mendapati ceroboh kediaman di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Bukan tu jer, lelaki itu juga turut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan atas kesalahan merogol. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas