Connect with us

Oh! Media

Lelaki Berusia 130 Tahun Antara Mangsa Terkorban Kes Jangkitan

Trending

Lelaki Berusia 130 Tahun Antara Mangsa Terkorban Kes Jangkitan

Menurut Guinness World of Records, individu tertua yang pernah direkodkan ialah Jeanne Louise Calment yang berusia 122 tahun dan beliau telah pun meninggal dunia pada tahun 1997.

ADVERTISEMENT

Tapi siapa sangka, cerita sebegini ada terdapat di dalam negara kita. Semalam di Kota Kinabalu telah dilaporkan seorang lelaki yang berusia 130 tahun yang dikatakan telah meninggal dunia disebabkan oleh Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula dalam laporan harian Covid-19 telah menyatakan empat kematian direkodkan adalah dengan salah seorang mangsa berusia 130 tahun.

Timbul pelbagai persoalan mengenai usia mangsa itu dan ada yang mengatakan mungkin telah berlaku kesilapan pada laporan yang disediakan KKM.

Betul, ayah saya berusia 130 tahun berdasarkan dokumen yang dia ada. Walaupun usia ayah 130, tapi ayah masih sihat malah boleh menziarahi saya di Kota Kinabalu pada Syawal lalu. – Kata Kimri Talib, 49, anak kepada Allahyarham Talib Omar.

Lelaki bukan warga negara itu yang juga kes ke-35,037 disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran, Sabah.

Kimri berkata, ayahnya tidak meninggal dunia semalam seperti dilaporkan tetapi telah meninggal dunia pada 3 November yang lalu semasa dia menziarahi ayahnya di Taman Telipok Ria.

Arwah tak ada menunjukkan sebarang gejala Covid-19. Pada hari dia meninggal dunia, saya ada membantu arwah untuk duduk dan minum susu.

Tak lama selepas itu, arwah meninggal dunia semasa duduk. Kami dah pun memaklumkan polis mengenai kematian itu dan selepas ujian calitan, baru kami tahu arwah dijangkiti Covid-19. – Katanya.

Panjang umur arwah dapat hidup sehingga 130 tahun. Kami di team Oh! Media mendoakan semoga roh Allahyarham Talib Omar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

To Top