Connect with us

Oh! Media

Memilukan, Penyelamat Jumpa Baju Minnie Mouse Dipercayai Milik Anak Penumpang

Trending

Memilukan, Penyelamat Jumpa Baju Minnie Mouse Dipercayai Milik Anak Penumpang

Semalam Ohmedia ada kongsikan video Instagramstory seorang penumpang bersama anak-anaknya yang mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya sebelum berangkat pulang ke kampung menaiki pesawat nahas Sriwijaya Air.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video)”Bye Keluarga Semua, Kita Pulang Kampung Dulu Ya” – Rakaman Terakhir Mangsa Pesawat Terhempas

Hari ini lebih sedih lagi bila pasukan penyelamat menjumpai lebih banyak serpihan pesawat dan juga baju kanak-kanak yang dipercayai milik anak kepada wanita yang dikenali sebagai Ratihwindania.

Perkara itu lebih menyakinkan bila ada sehelai sweater bergambar Minnie Mouse berwarna merah jambu dijumpai dan ia dipercayai milik anaknya.

Perkara ini dapat disahkan apabila melihat gambar-gambar di Instagram ibunya yang menunjukkan anak itu sedang memakai sweater berkenaan di lapangan terbang.

Apa yang lebih memilukan adalah apabila sweater tu sedikit pun tak koyak atau terbakar. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan menghadapi dugaan yang berat ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas