Trending

“Lawak Sangat La Tu” – Individu Dikecam Parking Tempat OKU, Siap Upload Video

Published on

Sebelum ini dah banyak kejadian di mana seseorang sanggup berlakon kurang upaya demi mendapatkan tempat letak kereta OKU.

BACA: Didakwa Berlakon Cacat Untuk Dapat ‘Parking’, Dua Lelaki Terima Kecaman Netizen

Perkara ini telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai tambahan pula apabila ada yang membuat aksi seakan-akan mempersendakan golongan kelainan upaya.

Di TikTok, seorang lelaki menerima kecaman netizen apabila didakwa dengan sengaja parking di ruangan khas OKU.

Menerusi video itu, dia dilihat menyeret kakinya sambil perakam tertawa. Menjengah di ruangan komen, orang ramai hanya mampu mendoakan semoga ‘hasrat’ lelaki itu benar-benar menjadi kenyataan.

Lelaki ini kemudiannya memuat naik video terbaru memaparkan dia bertongkat dan luka-luka dipercayai akibat kemalangan. Namun, ramai yang mempertikaikan adakah dia pemilik kad OKU yang sah untuk membolehkan dia parking di situ. Macam-macam hal!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version