Connect with us

Oh! Media

“Langsung Tak Tanya Khabar” – Wanita Jaga Ayah Kanser Sendirian, Nekad Putus Saudara Dengan Adik Beradik

Ohmedia ayah Kanser

Trending

“Langsung Tak Tanya Khabar” – Wanita Jaga Ayah Kanser Sendirian, Nekad Putus Saudara Dengan Adik Beradik

Di saat orang lain mungkin berlumba-lumba mencari jalan untuk bersama keluarga, seorang wanita bernama Lhilynazaya terpaksa memikul beban berat seorang diri.

Dia berkongsi kisah sedih dan kecewa di TikTok mengenai cabarannya menjaga ayah yang sedang bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat tanpa sokongan lima adik-beradiknya.

Adik beradik 6 orang, tapi yang jaga ayah cuma seorang

Menurut Lhilynazaya, ayahnya yang semakin uzur kini dijaga sepenuhnya oleh dirinya seorang diri. Adik beradiknya yang lain langsung tidak bertanya khabar apatah lagi menjenguk saat mengetahui ayah dimasukkan ke hospital.

IKLAN
@ceulhily

🙂 aja Allah tau semua

♬ Mencintaimu – Mahalini

Dengan linangan air mata, ibu kepada dua orang anak ini mengaku penat dari segi emosi. Dia sakit hati mengenangkan adik beradiknya yang lain langsung tidak bertanyakan khabar ayah.

Selain bermalam di hospital, dia juga perlu berulang-alik untuk menguruskan rawatan radioterapi dan kemoterapi ayahnya.

“Cukuplah bertanya khabar walau 5 minit”

Ayah

Kalau tidak boleh bantu dari sudut kewangan atau tenaga kerana sibuk bekerja, cukuplah bertanya keadaan ayah walaupun hanya untuk lima minit.

Sikap lepas tangan dan tidak peduli adik beradiknya membuatkan Lhilynazaya nekad untuk memutuskan hubungan persaudaraan.

Mulai hari ini, kita bukan lagi saudara. Nanti kalau ayah sudah tiada, jangan menyesal.

Perkongsian tular Lhilynazaya di TikTok ini mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Rata-rata netizen bersimpati dengan nasibnya dan menyifatkan adik beradik yang lain tidak kenang budi.

#OhmediaNasihat

Kisah ini membuka mata ramai tentang tanggungjawab kepada ibu bapa yang semakin uzur, terutamanya di saat-saat akhir mereka. Ia juga menjadi peringatan bahawa setiap anak mempunyai peranan dalam memastikan kesejahteraan keluarga.

Ohmedia ayah Kanser

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian | TikTok Lhilynazaya


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas