Connect with us

Oh! Media

Langgar Pembahagi Jalan, Wanita Tunggang Motosikal Maut

Maut

Trending

Langgar Pembahagi Jalan, Wanita Tunggang Motosikal Maut

Terdapat satu kejadian dimana seorang wanita yang menunggang motosikal terbabas selepas melanggar pembahagi jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

ADVERTISEMENT

BACA : Isteri Orang Ditahan Berkhalwat Dengan Duda Di Hotel Bajet, Kedua-Dua Mereka Warga Emas

Menurut laporan Astro Awani, kejadian berlaku di Kilometer 182.6 Lebuhraya utara selatan petang semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.08 petang semalam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya jentera di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal skuter jenis Honda Vario telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Mangsa disahkan maut oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi tersebut tamat pada jam 6.45 petang selepas anggota bomba bantu mengangkat mayat mangsa yang berusia 47 tahun itu dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sesiapa yang menunggang motosikal diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ya. Malang tak berbau!

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas