Connect with us

Oh! Media

Laluan Trafik Gua Musang Masih Tenang

Artikel 6 11 10

Trending

Laluan Trafik Gua Musang Masih Tenang

Kenderaan memasuki ke Gua Musang, Kelantan masih kelihatan tenang dan berjalan lancar pada hari ini setelah diberi kelonggaran kepada penerima lengkap vaksin untuk merentas negeri.

BACA: Kenderaan Dijangka Bertambah, Polis Negeri Sembilan Tingkatkan Pemantauan

Menurut Kosmo, aliran trafik di negeri Kelantan nampaknya lengang dan tiada kesesakan kenderaan yang dibayangkan sebelum ini.

IKLAN

Dua sekatan jalan raya

Screenshot 2021 10 11 at 22417 pm
Laluan Trafik Memasuki Kelantan Foto Kosmo

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dua sekatan jalan raya (SJR) Ops Benteng akan tetap dijalankan di laluan masuk negeri Kelantan. Dua sekatan akan dijalankan di laluan Kuala Lipis- Gua Musang di Kampung Tanah Putih dan Gua Musang- Lojing di Kampung Kundur.

SJR itu tiada kena mengena dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi ia dijalankan sebagai pencegahan jenayah serta penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya, kenderaan melalui sekatan jalan raya di Kampung Tanah Putih sama seperti biasa dan tiada pertambahan kenderaan sejak semalam.

Nampaknya, rakyat Malaysia masih tenang dan tidak terburu-buru untuk pulang ke kampung. Apa-apa pun, teruskan jaga SOP dan lakukan ujian Covid-19 sebelum pulang ke kampung halaman.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas