Connect with us

Oh! Media

Lakar Sejarah Baru, Filem Geran Kini Tersedia Di Platform Digital AS

Trending

Lakar Sejarah Baru, Filem Geran Kini Tersedia Di Platform Digital AS

Sebuah filem terbitan Layar Pictures bertajuk Geran melakar sejarah tersendiri apabila filem yang mengangkat seni persilatan Gayong dan Pusaka dengan tema kekeluargaan dan persaudaraan bakal disiarkan di platform digital di Amerika Syarikat (AS), bermula esok.

ADVERTISEMENT

Filem arahan Areel Abu Bakar yang dibintangi pelakon seperti Namron, Khoharullah Majid, Feina Tajuddin dan lain-lain itu akan disiarkan di sebuah platform tontonan digital iaitu WellGo USA.

Menurut Areel, perkara tersebut berlaku selepas penyertaan filem berkenaan di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-19, yang dianjurkan dalam talian tahun lalu selain turut memenangi Anugerah Daniel A Craft.

Kami mendapat tawaran ini pada November tahun lalu selepas berlangsung NYAFF dan kami berharap ia menjadi permulaan terbaik untuk terus memperkenalkan warisan seni kita ke persada antarabangsa.

Biarpun Geran dianggap kurang komersial dan gagal mendapat kutipan pecah panggung, ruang baharu ditawarkan dapat mengembalikan modal untuk menghasilkan karya lain.

Harapan saya filem ini akan pergi lebih jauh ,Insya-Allah. Karya kedua arahan saya, Walid akan menyusul selepas ini. Penggambaran dijangka bermula tahun ini.

Areel berkata, Filem Geran yang sebelum ini disenaraikan dalam laman web, Asian Movie Pulse sebagai 20 filem terbaik di Asia Tenggara bagi 2020, mengakui akur tidak mendapat sambutan yang baik di Malaysia ketika ditayangkan pada 2019.

Dalam hidup ini kita sentiasa ada pilihan. Cita rasa orang berbeza. Kita tidak boleh suruh orang suka dengan sesuatu yang kita suka. Namun, kita bebas dan berhak melakukan apa yang kita mahu.

Filem yang memakan bajet sekitar RM700,000 itu gagal mendapat tajaan sehingga tertangguh hampir tiga tahun sehingga membuatkan Areel nekad menggunakan simpanan sendiri.

Kalau ada penaja untuk filem ini, mungkin saya risau soal kutipan. Disebabkan filem dibikin dengan duit sendiri, saya tidak rasa tertekan.

Walaubagaimanapun, Areel tetap bersyukur masih terdapat pihak yang menghargai Geran selain akan terus mengakat seni warisan ke persada antarabangsa.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas