Trending

“Lain Macam Akak Ni” – Jawapan Ira Kazar Mengenai Surah Amalan Buat Anak Aliff Syukri Terkedu

Published on

Isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Ira Kazar baru-baru ini dijemput untuk sesi penggambaran produk jenama usahawan Datuk Aliff Syukri.

BACA: Lama Diamkan Diri, Ira Kazar Tampil Jadi Model Promosi Produk, Netizen Ugut Mahu Boikot

Ketika sesi itu, Datuk Aliff sempat membuat siaran langsung di TikTok dan mereka bersembang sambil mempromosikan produk.

Seorang netizen merakam perbualan ketika usahawan itu bertanya Ira apakah surah yang sentiasa menjadi amalan hariannya.

@intan_payung99 Replying to @IRA NAZHIRAH✨ ORIGINAL #irakaza #fyp #alifsyukriterlajaklaris ♬ Tercipta Satu Senyuman – Chorus – Reedzwann

Ira dengan selamba menjawab ‘rahsia’ diiringi gelak tawa membuatkan Khadijah yang berada di situ tercengang.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa geli hati melihat reaksi wajah Khadijah. Mereka sendiri tak sangka jawapan spontan itu akan keluar daripada mulut Ira.

Apa pendapat korang pula?

Kredit: TikTok @intan_payung99

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version