Connect with us

Oh! Media

Lagi Kes Dera, Budak 3 Tahun Maut Disyaki Kena ‘Lunyai’ Dengan Pengasuh

Polis 1 1

Trending

Lagi Kes Dera, Budak 3 Tahun Maut Disyaki Kena ‘Lunyai’ Dengan Pengasuh

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan maut ketika dalam jagaan pengasuhnya di Mutiara Magna, Kepong, semalam.

Lapor Berita Harian, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata bahawa pihak mereka ada menerima maklumat mengenai kejadian tragis itu kira-kiram jam 12.01 tengah hari.

Pasukan polis yang tiba ke premis berkenaan mendapati bahawa kanak-kanak malang itu terbaring di dalam katil kanak-kanak dan lengkap berpakaian.

IKLAN

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai paramedik dari Hospital Kuala Lumpur yang berada di lokasi kejadian.

Pemeriksaan lanjut ke atas fizikal mangsa menemui kesan luka di dahi, mulut dan hidung selain kesan merah di bawah mata kiri, calar serta lebam di beberapa bahagian badan.

Susulan daripada itu, polis telah menahan wanita berusia 40 tahun yang juga pengasuh kepada mangsa untuk membantu siasatan.

Siasatan mendapati suspek sudah menjaga mangsa sejak dilahirkan dan akan direman bermula hari ini sehingga 20 Ogos.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas