Connect with us

Oh! Media

“Lagi 5 Hari Expired” – Kena Kecam Bagi Susu Hampir Expired Percuma, Ini Jawapan Wakil Nilofa

Artikel 4 43

Trending

“Lagi 5 Hari Expired” – Kena Kecam Bagi Susu Hampir Expired Percuma, Ini Jawapan Wakil Nilofa

Tular di media sosial, orang ramai menyerbu gudang Nilofa yang mengeluarkan susu keluaran selebriti terkenal, Neelofa yang terletak di Meru, Klang.

BACA: “Sepatutnya Lahir Pada Hari Yang Sama Dengan Ummi Dia” – Neelofa

Syarikat Nilofa telah membuat infaq dengan memberikan susu secara percuma kepada semua orang, tak kisah nak ambil berapa banyak kotak susu sekalipun.

IKLAN

Susu dah nak expired

Berdasarkan video yang tular, korang boleh tengok sendiri betapa panjangnya barisan orang beratur nak ambil susu Nilofa! Yela, barang percuma, siapa tak nak kan?

Tapi, ada yang mengatakan susu yang diberikan secara percuma itu dah hampir dengan tarikh expired dan rata-rata mengecam tindakan yang dilakukan oleh syarikat tersebut yang beri percuma susu yang dah nak ‘expired’.

Menerusi laporan TheVocket, yang telah menghubungi wakil dari Nilofa, sumber memberitahu bahawa susu itu memang sengaja diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Menurutnya, perkara ini menjadi isu apabila ada pihak yang mengambil susu tersebut dengan kuantiti yang banyak dan menimbulkan isu ‘susu dah nak expired’.

Kalau setiap orang mengambil susu tersebut dalam bilangan yang sedikit, ianya tidak menjadi masalah kerana boleh habis sebelum tarikh luput.

Sepatutnya dihantar ke China

Susu 5

Susu yang diagihkan secara percuma itu difahamkan mahu dihantar ke China tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku kerana pandemik Covid-19, perjalanan ke sana terbantut.

Demi mengelakkan pembaziran, Nilofa membuat keputusan untuk menyumbangkan semua susu tersebut kepada orang ramai.

Semoga murah rezeki bagi susu secara percuma kepada orang ramai. Harap netizen dapat bertenang, orang dah bagi percuma tu, korang janganlah nak kecam-kecam. Betul tak?

Kredit: TheVocket

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas