Connect with us

Oh! Media

Kotak, Ifan Seventeen & Marcello Tahitoe Bakal Disatukan Di Pentas Yang Sama, Di Axiata Arena, Bukit Jalil

Ohmedia 1

Trending

Kotak, Ifan Seventeen & Marcello Tahitoe Bakal Disatukan Di Pentas Yang Sama, Di Axiata Arena, Bukit Jalil

Bagi memenuhi permintaan ramai, UnUsUaL Entertainment bakal membawa Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe ke Malaysia untuk menjayakan Indonesian Music Festival. 

Festival ini akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2024 yang akan bermula pada jam 7 malam. 

Dibarisi Oleh Penyanyi Ternama Indonesia  

Kotak, Ifan Seventeen & Marcello Tahitoe

Kotak yang merupakan sebuah kumpulan muzik rock Indonesia ini terdiri daripada Tantri sebagai vokalis, Chua sebagai pemain bass dan Cella pula pemain gitar utama. 

IKLAN

Pemenang kategori Kumpulan/Duo Pendatang Baru Terbaik mengikut Anugerah

Planet Muzik (APM) 2009 ini lebih dikenali dengan lagu hits mereka iaitu ‘Pelan-pelan saja’, ‘Masih Cinta’, ‘Tendangan Dari Langit’, dan ‘Aku yang tersakiti’. 

Kotak, Ifan Seventeen & Marcello Tahitoe

Festival ini juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran pemilik lagu ‘Kemarin’ iaitu Ifan Seventeen. 

Setelah peristiwa yang berlaku pada 2018, Ifan kini ingin memulakan perjalanan baru dan ingin meneruskan kerjayanya secara solo. Beliau pastinya akan menghiburkan semua dengan lagu-lagu yang akan dibawakan di Indonesian Music Festival. 

Kotak, Ifan Seventeen & Marcello Tahitoe

Tidak lupa juga, seorang komposer, produser muzik Indonesia dan vokalis kumpulan Dewa 19 yang diminati ramai Marcello Tahitoe atau lebih dikenali sebagai Ello juga akan memeriahkan lagi acara dengan penampilannya. 

Pastinya, Ello akan membawakan lagu yang digemari ramai iaitu ‘Gak Kayak Mantanmu’, ‘Kisah Kita T’lah Usai’, ‘Benci Tapi Rindu’, ‘Takkan Ada Aku Lagi’, ‘Sorry Abis’ dan banyak lagi. 

Nikmati Persembahan Yang Cukup Memukau 

Kotak, Ifan Seventeen & Marcello Tahitoe

Untuk menikmati persembahan ini, jangan lupa dapatkan tiket ke Indonesian Music Festival yang akan dijual pada harga RM488 (VIP), RM388 (CAT 1), RM338 (CAT 2), RM288 (CAT 3), RM188 (CAT 4). 

Korang boleh mula dapatkan tiket ini pada 1 Julai di SINI.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Aisyah Azleza
Aisyah adalah seorang penulis kandungan profesional di Oh! Media, yang pakar dalam menghasilkan artikel berkualiti tinggi dan relevan. Dengan fokus pada topik menarik yang memberikan nilai tambah, Aisyah komited menyampaikan kandungan kreatif dan berimpak tinggi untuk memperkayakan pengalaman pembaca.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas