Connect with us

Oh! Media

(Video) Koperal Polis Yang Sedang Digantung Tugas & 2 Rakan Cuba Samun Wanita Ditangkap

Ohmedia polis samunpng

Trending

(Video) Koperal Polis Yang Sedang Digantung Tugas & 2 Rakan Cuba Samun Wanita Ditangkap

Semalam Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS ada konsikan satu video yang menunjukkan kejadian samun di Jalan Perdana, Pandan Perdana Kuala Lumpur di mana mangsa yang merupakan seorang wanita warga China telah didekati tiga individu lelaki yang tidak dikenali.

Tiga suspek berkenaan dikatakan telah menyamar sebagai anggota polis yang kemudiannya memegang tangan mangsa dan cuba mengheretnya ke kawasan parkir kereta berdekatan.




Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Superintendan Mohd Azam Ismail telah mengesahkan bahawa salah seorang suspek adalah anggota polis berpangkat koperal yang kini sedang digantung tugasnya.

IKLAN

Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja. Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. – Katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun secara berkumpulan.

Kredit: Harian Metro | Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS


+ Baca respon pembaca yang geram dengan kes ini di Facebook Oh! Media.



📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas