Connect with us

Oh! Media

Kini Pasar Malam Pula Dibenarkan Untuk Beroperasi, Tetapi…

Trending

Kini Pasar Malam Pula Dibenarkan Untuk Beroperasi, Tetapi…

Baru saja semalam kerajaan umum lagi beberapa sektor tambahan baru yang dibenarkan beroperasi sampai 10 malam. Terkini, pasar malam pula dilaporkan telah dibenarkan untuk beroperasi, wahhh!

ADVERTISEMENT

Walaupun sudah dibenarkan untuk beroperasi, tetapi waktu operasinya pula hanya dibenarkan dari pukul 4 petang hingga 10 malam sahaja dan akan mengikut peraturan di bawah prosedur operasi standard yang dikemas kini bagi perintah kawalan pergerakan kedua (PKP 2.0).

Sebelum ini pasar malam tidak dibenarkan lansung untuk beroperasi di bawah peraturan PKP dan hanya pasar biasa sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan perniagaan pada sebelah siang.

Baru-baru ini pula, kerajaan juga telah memaklumkan yang pelaksaan PKP kali ini tidak akan dilanjutkan sebaliknya ianya akan diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atas alasan ekonomi.

Kes hari saja dah sampai 5,000, tapi semakin hari semakin banyak pula tambahan sektor yang dibenarkan untuk beroperasi. Bak kata Najib “Sebenarnya kita buat PKP ni untuk apa?”.

Kredit: MalaysiaKini, MKN

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

To Top