Connect with us

Oh! Media

Kim Seri Umum Bakal Kahwin Dan Akhirnya Jawab Isu Hutang

Kim Seri

Trending

Kim Seri Umum Bakal Kahwin Dan Akhirnya Jawab Isu Hutang

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina mengejutkan netizen apabila mengumumkan dia bakal menamatkan zaman ibu tunggalnya tidak lama lagi dengan jejaka dari Korea Selatan!

Menurut laporan mStar, perkara itu dikongsikan sendiri menerusi satu video TikTok, sambil memaklumkan minggu ini merupakan kali terakhir dia bergelar ibu tunggal.

IKLAN

Minggu terakhir sebagai ibu tunggal. Alhamdulillah. Dia bukan suami orang, masih bujang dan saya bukan milik sesiapa. Jadi?

Dikecam kerana hutang, ini jawapan Kim Seri

Mengakui masih dibayangi kontroversi hutang pakej pelancongan, Kim Seri menjelaskan keputusannya untuk berkahwin bukanlah satu tindakan melarikan diri.

Orang tanya kenapa saya kahwin dengan Amin di saat saya banyak hutang? Saya belum ada pendapatan untuk bayar hutang dahulu.

Menurutnya, Amin bukan sahaja menyokong emosinya, malah turut menyumbang modal untuk dia memulakan bisnes kecil-kecilan bagi menyelesaikan masalah hutang tersebut.

Amin ke hulu-hilir bersama saya ambil barang, buat pelan bisnes dan lain-lain.

Nikah gaya Korea, simple tapi bermakna

Lebih menarik, Kim Seri turut berkongsi bahawa perkahwinannya di Korea akan berlangsung secara ringkas tanpa sebarang permintaan hantaran daripada pihak lelaki.

Saya tak minta hantaran pun dekat Amin sebab Amin dah banyak bantu saya sampai ke hari ini.

Simple je perkahwinan cara Korea, berlangsung 30 ke 60 minit dan hanya sekali je. Semua diuruskan oleh dia.

#ApaKataOhmedia

Cinta datang tanpa mengira waktu atau keadaan. Tapi bila kita ambil keputusan besar dalam hidup, pastikan disertai dengan tanggungjawab dan niat yang betul. Jangan abaikan yang masih belum selesai.

Kim Seri

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar | Instagram


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas