Connect with us

Oh! Media

Ketahui Simptom Penyakit Kanser Usus Untuk Lakukan Rawatan Segera

ohmedia kanser ususpng

Oh! Lifestyle

Ketahui Simptom Penyakit Kanser Usus Untuk Lakukan Rawatan Segera

Semalam dunia dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon Hollywood yang memegang watak superhero Marvel Black Panther iaitu Chadwick Boseman.

Kematiannya agak mengejutkan kerana tidak ramai peminatnya yang tahu bahawa dia sebenarnya sedang bertarung melawan penyakit kanser kolon sejak 4 tahun yang lalu.

Jadi apa sebenarnya punca kanser usus ini? Menurut Public Health Malaysia di laman Facebook rasmi mereka ada kongsikan beberapa faktor yang menyebabkan kanser ini dan ia merupakan penyebab kanser kedua tertinggi di Malaysia.

IKLAN

Berikut adalah simptom-simptom untuk diperhatikan:

  • Sifat najis yang berubah-ubah bersama dengan kekerapannya.
  • Najis mempunyai darah ataupun berwarna gelap.
  • Berasa lese dan penat.
  • Muka pucat.
  • Berat badan turun dengan mendadak.
  • Perut asyik rasa tidak selesa.
  • Rasa angin buang air besar selalu, walaupun tiada apa-apa yang keluar.

Menurut Public Health lagi, kanser usus di Malaysia selalu dihadpai dikalangan lelaki dan kedua dikalangan wanita (selepas kanser payudara).

Jika korang mengalami sebarang simtom di atas, pastikan cepat melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital di seluruh Malaysia.




Kredit: Public Health Malaysia

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan penyakit kanser ini di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas