Connect with us

Oh! Media

Kes Mempersendakan Agama, Pihak Polis Sudah Ambil Keterangan

Trending

Kes Mempersendakan Agama, Pihak Polis Sudah Ambil Keterangan

Baru-baru ini tular satu video di media sosial, di mana seorang pengasas produk kosmetik mempersendakan agama Islam ketika sedang makan.

ADVERTISEMENT

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, wanita berusia 30-an itu diambil keterangan Isnin lalu.

“Kita sudah memanggil mereka yang terbabit dalam video yang tular berkenaan. Setakat ini kita sudah merakam keterangan tiga individu termasuk pengasas kosmetik berkenaan.

“Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Kita menganggap kes ini sudah selepas kerana keterangan sudah diambil,” katanya ketika dihubungi.

Pihak polis menerima laporan berhubung seorang wanita yang dipercayai pengasas kepada produk kosmetik yang mempersendakan agama Islam tanpa rasa bersalah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud dilaporkan berkata, laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini pada jam 10.25 pagi Ahad lalu.

Kes ini dilaporkan oleh seorang individu yang mendakwa terlihat rakaman video yang dikongsi di aplikasi Whatsapp yang memaparkan wanita berkenaan.

Dalam rakaman tersebut, wanita itu dengan bangganya berkata dia tidak pernah sembahyang dan tidak tahu cara mengambil wudhuk.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta pihak berwajib menyiasat dakwaan seorang wanita beragama Islam itu.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas