Connect with us

Oh! Media

Kes Harian Akan ‘Meningkat’ Menjelang Perayaan – KJ

kes harian

Trending

Kes Harian Akan ‘Meningkat’ Menjelang Perayaan – KJ

Jumlah kes harian dijangka akan meningkat menjelang perayaan Thaipusam dan Tahun Baru Cina jika orang ramai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelancong Yang Pernah ‘Dijangkiti’ Tak Perlu Kuarantin – KJ

Menerusi Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, beliau mengatakan jumlah kes harian Covid-19 mungkin akan menaik menjelang perayaan yang bakal berlaku pada hari esok, Selasa dan juga awal bulan depan.

Walaupun penularan Covid-19 masih terkawal selepas Tahun Baru dan Hari Krismas, namun rakyat Malaysia harus terus berwaspada dan mematuhi SOP untuk memastikan penularan Covid-19 akan sentiasa terkawal.

Kita sudah lakukan dengan baik dalam memastikan jangkitan Covid-19 kekal terkawal sepanjang Krismas dan Tahun Baharu meskipun berdepan dengan Omicron.

Menjelang sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina, jumlah kes harian mungkin meningkat.

Sila kekalkan pematuhan SOP (khususnya pelitup muka), TRIIS, aktifkan MySejahtera Trace di kawasan orang ramai dan dapatkan dos penggalak.

Diminta rakyat Malaysia untuk tidak leka dan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai mask untuk melindungi diri dari terkena jangkitan.

Semoga perayaan kali ini tidak menimbulkan sebarang masalah dan tiada peningkatan kes. Lagi berapa bulan je ni kita nak raya puasa! Harap tahun ni dapatlah kita balik kampung beraya bersama keluarga tercinta.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas