Trending
Kes Buli Sampai Alami Gegaran Otak Di Johor, Menteri Pendidikan Janji Tiada Kompromi
Menteri Pendidikan berikrar tiada kompromi dalam kes buli yang berlaku di KPM.
Tular di media sosial luahan seorang ibu mengenai anak lelakinya berusia 10 tahun didakwa menjadi mangsa buli sehingga mengalami gegaran otak serius.
Mangsa, Izzul Islam Azuan Isaidi yang sedang bergelut dengan kanser hidung dilaporkan dipukul, ditendang, dan kepalanya dihentak.
Izzul alami gegaran otak serius

Lapor Sinar Harian, Izzul dipukul seorang murid Tahun Enam pada 21 Februari lalu di sebuah sekolah agama di Johor.
Lebih memilukan lagi, Izzul bukan setakat mengalami trauma fizikal tetapi doktor memaklumkan penyembuhan penuh mungkin mengambil tempoh sehingga tiga tahun.
Izzul juga berisiko sawan jika terjatuh atau pengsan. Dakwa ibu, Izzul sekali lagi menjadi sasaran apabila kejadian berulang oleh pelaku berbeza pada 7 Ogos lalu sehingga perlu dirawat.
Menteri Pendidikan arah siasatan segera, tiada kompromi
Terbaru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan siasatan segera dilakukan dan beliau memandang serius kejadian buli ini.
Beliau menyatakan kes ini perlu ditangani seadil-adilnya menurut garis panduan sedia ada.
Tambah beliau lagi, Jabatan Pendidikan Johor telah menziarahi mangsa yang kini sedang menerima rawatan di hospital.
Pssttt! Tahniah kepada KPM dan Menteri Pendidikan kerana tidak berkompromi dan mengambil tindakan tegas dalam kes ini. Semoga ada keadilan buat mangsa.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM