Connect with us

Oh! Media

Kereta Terjunam, Dua Beradik Terseret Lapan Meter Di Jalan Raya

terseret

Trending

Kereta Terjunam, Dua Beradik Terseret Lapan Meter Di Jalan Raya

Kejadian di Kilometer 170 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Cheneh Kemaman, Terengganu, dua beradik telah meninggal dunia akibat terseret kira-kira lapan meter selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan Perodua Myvi.

ADVERTISEMENT

BACA: Dipercayai Langgar Lampu Isyarat Sebab Nak Kejar Trip, ‘Rider’ Hampir Maut Dirempuh Honda

Menerusi laporan Utusan, kejadian yang berlaku jam 4.30 petang itu telah menyebabkan Mohd Faizal dan abangnya, Termizi meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Motosikal yang ditunggang masuk laluan bertentangan

terseret
Mayat dua beradik maut. (Foto: Utusan)

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan menyatakan kemalangan tersebut berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa tiba-tiba memasuki laluan yang bertentangan arah.

Bagaimanapun, motosikal ditunggang Mohd. Faizal tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar Perodua Myvi itu. 

Impak pelanggaran menyebabkan motosikal mangsa terjatuh di hadapan Perodua Myvi dengan dua beradik berkenaan terseret kira-kira lapan meter manakala kereta pula terjunam di kawasan cerun berumput.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat dua beradik itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Semoga semua penunggang motosikal dan pemandu di jalan raya mengambil iktibar dan pandulah kereta secara berhemah.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas