Connect with us

Oh! Media

Kereta Tayang Vest Polis Kena 3 Saman, Rupanya Dipandu Ahli Keluarga Tanpa Lesen

tayang vest polis

Trending

Kereta Tayang Vest Polis Kena 3 Saman, Rupanya Dipandu Ahli Keluarga Tanpa Lesen

Baru-baru ini viral foto memaparkan kereta jenis Proton Saga menghalang lalu lintas di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Ipoh Perak.

ADVERTISEMENT

Bukan setakat menghalang lalu lintas, kereta itu juga didapati menayang baju vest polis yang diletakkan di atas dashboard kereta.

Vest polis milik anggota bertugas di Batu Gajah

kereta tayang vest polis

Hasil siasatan, pihak polis mendapati kereta itu dimiliki seorang anggota polis bertugas di Batu Gajah. Bagaimanapun ketika kejadian kereta dipandu oleh seorang ahli keluarga anggota itu tanpa lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan tiga saman trafik dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kereta itu.

Pertama kepada pemandunya kerana kesalahan halangan lalu lintas iaitu mengikut Kaedah 16(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Saman kedua dikeluarkan kepada pemandu mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen yang sah.

Saman ketiga pula dikeluarkan mengikut seksyen dan akta sama terhadap pemilik kereta kerana membenarkan seseorang tanpa lesen memandu kenderaannya.

Selain itu, anggota polis terbabit turut dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk siasatan tatatertib.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas