Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Pertimbang Individu Lengkap Divaksin Rentas Negeri Bertemu Keluarga

kebenaran rentas negeri

Trending

Kerajaan Pertimbang Individu Lengkap Divaksin Rentas Negeri Bertemu Keluarga

Kerajaan sedang memperhalusi cadangan untuk membenarkan keluarga atau pasangan jarak jauh yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 untuk merentas negeri berjumpa keluarga.

ADVERTISEMENT

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya memaklumkan beliau sering membawa isu itu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mempertimbangkan kelonggaran individu untuk merentas negeri bertemu keluarga.


Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya insititusi kekeluargaan. Walaupun atas faktor keselamatan, ibubapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama lebih-lebih lagi jika mereka sudah lengkap menerima dua dos vaksin- Ismail Sabri

Hal ini berhubung apabila beliau memberi respon terhadap komen-komen daripada netizen yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang terpisah dengan anak-anak.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan supaya individu yang lengkap menerima dua dos vaksin diberikan kelonggaran mengenai SOP yang telah ditetapkan.

BACA : ‘Kelonggaran SOP Individu Lengkap Divaksin Akan Diputuskan Minggu Depan’ – PM 

Kredit : Facebook 

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas