Trending
”Kenapa Backup Saya, Nanti Orang Kutuk Awak” – Uqasha Senrose
DM Uqasha Senrose yang minta seoramg individu jangan menyokongnya demi elak kecaman buat warganet sebak.
Sejak konflik rumah tangga melanda, pelakon, Uqasha Senrose dilihat sering menjadi sasaran tomahan dan kecaman daripada pelbagai pihak di media sosial.
Menerusi satu perkongsian seorang individu di Threads, dia menerima direct message (DM) daripada Uqasha yang nyata mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.
“Kenapa backup saya, nanti orang kutuk awak” – Uqasha Senrose

Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menasihati individu berkenaan supaya tidak menyokongnya secara terbuka kerana bimbang orang lain akan terkena tempias kecaman.
Salam awak ini siapa? Kenapa backup saya? Nanti orang kutuk awak kalau side saya. Saya tak apa, saya kuat Allah ada.
Tetap kuat walaupun terima kecaman

Bagaimanapun, individu terbabit kekal positif dan memilih untuk berkongsi fakta-fakta sebenar mengenai aktres itu walaupun sedar bakal berdepan kritikan warganet.
Uqasha dm (direct message), jangan side (berpihak) dia, nanti orang kecam saya.
Dia kesiankan saya tapi saya okay sahaja sebab saya cuma update fakta-fakta haters dia yang menyeramkan.
Kita doakan semoga urusan dipermudahkan. Biarlah jika ada yang nak block atau kecam saya, saya bukan sesiapa pun.
Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan simpati dengan ujian yang sedang dilalui oleh Uqasha.
Dalam masa sama, ramai turut mendoakan agar kemelut rumah tangga pelakon itu dapat diselesaikan dengan cara terbaik dan dipermudahkan segala urusannya.
Pssttt! Dalam ujian hidup, kekuatan sebenar terserlah apabila seseorang masih memikirkan orang lain walaupun dirinya sedang diuji. Teruskan berdoa dan jaga kata-kata.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM