Connect with us

Oh! Media

Kemaluan Dihiris Rakan Ketika Khayal

23b5dd6e 2327 4ef4 9be3 67e057f172a1

Trending

Kemaluan Dihiris Rakan Ketika Khayal

Zaman sekarang ni apapun yang kita buat, kita kena sentiasa berhati-hati. Terutama sekali dalam memilih kawan, kadang-kadang tu walaupun dah kenal lama belum tentu kita tahu perangai sebenar diorang dan itulah yang terjadi kepada lelaki malang ini.

Seorang lelaki dikatakan cedera pada kemaluannya dipercayai telah dihiris rakan wanitanya ketika mereka sedang khayal selepas mengambil dadah di Pasar Bandar Baru Farlim di sini semalam.


Lelaki berusia 47 tahun itu terkejut mendapati kemaluannya mengalami kecederaan apabila dia tersedar daripada pengaruh dadah.

IKLAN

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya ada menerima panggilan daripada mangsa itu pada 7.55 pagi semalam.

Mangsa yang pernah bekerja sebagai jurugambar itu memberitahu memang dia ada berjumpa dengan rakannya itu di pejabatnya pada pukul 6.30 petang.

Kedua-duanya kemudiannya mengambil dadah dan akibat khayal, mangsa tidak sedarkan diri sebelum mendapati kemaluannya berdarah sebaik tersedar selepas itu.

Mangsa mendapati kenalan wanitanya itu juga sudah tiada. – Katanya.

Soffian berkata, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami luka hirisan yang tidak serius disyaki telah dicederakan dengan objek tajam.

Katanya, mangsa yang kini ditahan wad didapati pernah mempunyai rekod rawatan psikiatrik di HPP.

Polis sudah merampas beberapa barangan di tempat kejadian termasuk sebilah gunting yang dipercayai digunakan bagi mencederakan mangsa.

Polis telah berjaya menahan suspek pada 9 pagi di Paya Terubong, semalam.

Ujian saringan awal air kencing mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tiga rekod berkait dadah. – Katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Hati-hati okay gais, jangan pula sampai jadi macam ni. Sebab itu la orang suruh jauhi dadah, sebab dadah ni merbahayakan dan boleh beri kemudaratan kepada kita. #JauhiDadah

kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas