Connect with us

Oh! Media

Rupanya Emma Maembong Belum Kahwin Dengan DJ Kidd, Keluarga Sendiri Terkejut Tengok Video Mesra!

Copy of Untitled Design   2

Trending

Rupanya Emma Maembong Belum Kahwin Dengan DJ Kidd, Keluarga Sendiri Terkejut Tengok Video Mesra!

Spekulasi mengenai pelakon Emma Maembong sudah berkahwin dengan DJ Kidd nampaknya tidak benar sama sekali! 

Menurut laporan Harian Metro, kakaknya iaitu Shikin Maembong, tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan Emma pasti akan berkongsi berita sebegitu dengan keluarga terlebih dahulu.

Kalau ada perkara penting, dia mesti akan kongsi dengan kami dulu sebab kami memang sangat rapat. Hari bahagia mestilah keluarga akan tahu dulu.

Tidak ada persiapan kahwin

Emma Maembong Peluk Dj Kidd

Menurut Shikin, dia sendiri tidak mendengar sebarang berita mengenai hubungan Emma dengan mana-mana lelaki ketika ini. 

IKLAN

Bukan tu jer, dia juga terkejut apabila melihat video dan gambar yang tersebar kerana tidak tahu dari mana punca gosip itu muncul.

Sekarang ini Emma sibuk dengan shooting. Tak ada pula dengar dia keluar dating atau sebagainya.

Keluarga Emma Maembong turut terkejut

Emma Maembong

Shikin turut mendedahkan bahawa bapa mereka, Ismail Embong dan abang mereka juga terkejut dengan berita tersebut.

Ayah kami garang, abang pun sama. Kalau betul nak kahwin, Emma mesti akan minta restu keluarga dulu. Tapi ini semua cuma gosip semata-mata.

Walaupun begitu, Shikin tetap mendoakan yang terbaik buat adiknya dan berharap Emma membuat pilihan yang membahagiakannya.

#ApaKataOhmedia

Sebelum percaya sesuatu gosip, pastikan kita periksa kesahihan berita tersebut terlebih dahulu. Jangan mudah terpengaruh dengan spekulasi tanpa bukti yang boleh menjejaskan nama seseorang!

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas