Connect with us

Oh! Media

Kelab Komedi Crackhouse Disimbah Cat, Dua Individu Dipercayai Terlibat

Kelabkomedi

Trending

Kelab Komedi Crackhouse Disimbah Cat, Dua Individu Dipercayai Terlibat

Crackhouse Comedy Club sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila pusat hiburan berkenaan disimbah cat oleh orang awam awal pagi tadi.

BACA: “Pemilik Kelab Komedi Buka Ruang Individu Hina Bangsa-Bangsa Lain” – Yusuf Azmi

Menurut Harian Metro, terdapat sumber memaklumkan kejadian vandalisme yang berlaku ke atas pusat hiburan itu hanya disedari pihak polis selepas dimaklumkan oleh orang awam sekitar jam 7 pagi tadi.

IKLAN
Screenshot 2022 07 19 at 165806
Sumber Facebook

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi apabila dua individu tidak dikenali menyimbah premis berkenaan dengan cat berwarna merah dan hitam.

Cat itu disimbah pada papan tanda serta pintu masuk ke kelab komedi berkenaan. Simbahan cat itu juga mengenai sebuah premis yang terletak bersebelahan kelab komedi terbabit.

Dalam pada itu, ketika dihubungi Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Terdahulu, seorang pelawak wanita bertindak mempersendakan agama Islam dengan menanggalkan pakaiannya ketika membuat persembahan di kelab komedi berkenaan pada 4 Jun lalu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas