Pempengaruh TikTok, Khairul Aming baru-baru ini berkongsi beberapa video dirinya bercuti ke London dan juga Paris bersama rakan-rakan menerusi laman TikTok.
Video yang dikongsikan itu ternyata mendapat respon daripada warganet yang begitu teruja dan ‘cemburu’ melihat keseronokkan Khairul Aming sepanjang berada di sana.
Makan croissant cecah coklat panas
Terbaru, Khairul Aming berkongsi dirinya menikmati sarapan pagi dengan memakan croissant sambil mencecahnya dengan coklat panas di sebuah restoran terkemuka di Paris.
Bila dilihat videonya tu, fuhh telan air liur aje lah yang mampu kan? Nampak sedap betul tu.
Video makan croissant jadi perbalahan netizen
Namun begitu, perkongsian Khairul Aming itu mendapat pertikaian netizen di Twitter yang meragui status halal makanan yang dimakan pempengaruh TikTok itu.
Aku nampak orang komen2 dekat video ni halal ke apa lancau. Kau kalau sibuk sangat pasal halal haram kau jangan sibuk lah dalam video orang. Kau makan pisang goreng tepi longkang Sentul tu je. Jangan sibuk orang nak makan kwason ke mekerun dekat Paris yihh pic.twitter.com/Z3GCsSXjBT
Perkongsian itu menjadi perbalahan dalam kalangan netizen selepas segelintir warganet merasakan bahawa orang ramai tidak menitikberatkan soal halal haram yang melibatkan makanan.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang tampil mempertahankan Khairul Aming dengan menyatakan bahawa pempengaruh TikTok itu semestinya sudah melakukan research terlebih dahulu.