Connect with us

Oh! Media

Kedai Nasi Kandar Diarah Tutup Sementara, Pelanggan Wanita Jumpa Ulat Dalam Telur Masin

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 17t143417093

Trending

Kedai Nasi Kandar Diarah Tutup Sementara, Pelanggan Wanita Jumpa Ulat Dalam Telur Masin

Sebuah premis nasi kandar di Sungai Petani, Kedah telah diarahkan tutup sementara oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah setelah tular rakaman video yang menunjukkan telur masin mengandungi ulat dijual di premis tersebut.

Menerusi laporan Harian Metro, kes ini mendapat perhatian ramai selepas video yang dimuat naik oleh seorang pelanggan di Facebook menjadi tular.

Pelanggan wanita yang mengunjungi premis bersama rakannya, mendakwa telah menemui ulat dalam telur masin yang disajikan.

IKLAN

Pengarah JKN Kedah, Dr. Ismuni Bohari, mengesahkan bahawa siasatan segera dijalankan susulan aduan yang diterima.

Verifikasi aduan juga dilakukan dengan pengadu bagi mengesahkan kejadian yang tular di media sosial.

Menurut Dr. Ismuni, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda menjalankan pemeriksaan lanjut di premis berkenaan pada hari yang sama.

Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit gagal mematuhi keperluan kebersihan premis makanan mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 Akta Makanan 1983.

Tindakan tegas telah diambil dengan mengeluarkan notis kompaun dan perintah penutupan premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Penutupan ini berkuat kuasa sehingga pemilik premis mematuhi semua arahan pembersihan dan tindakan pembetulan yang diarahkan oleh PKD Kuala Muda.

Pemeriksaan semula akan dijalankan selepas pemilik premis mengambil tindakan yang diarahkan.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 17t143417093

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas