Connect with us

Oh! Media

Keadaan Terkini Siti Jamumall Selepas 8 Hari Bersedih

Ohmedia siti Jamumall

Oh! Artis

Keadaan Terkini Siti Jamumall Selepas 8 Hari Bersedih

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Siti Jamumall akhirnya membuat keputusan besar dalam hidupnya apabila memilih untuk keluar daripada rumah tangga toksik selepas lapan hari melalui episod penuh duka.

Keputusan ini dibuat selepas beliau diceraikan dengan talak dua secara live yang turut menjadi tumpuan hangat netizen.

Cukup 8 hari Siti Jamumall bersedih

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Siti dengan penuh emosi berkongsi rasa kecewa dan keletihannya menghadapi hubungan yang didakwanya penuh manipulasi.

IKLAN

Katanya, pengalaman hidup bersama suami yang didakwa mempunyai sifat NPD (Narcissistic Personality Disorder) benar-benar menguji kekuatan dirinya.

Aku dah penat hidup dengan orang manipulatif. Siapa yang pernah hidup bersama suami NPD dia akan tahu. So guys aku akan exit daripada seksa yang aku lalui selama hari ini. Feeling insecure, feeling you’re not right, semua benda kau salah, kau bercakap pun salah. Problem akan back to you walaupun you tak buat.

Siti turut menjelaskan bahawa fokus utama hidupnya kini adalah untuk membesarkan anak-anak tanpa lagi menoleh ke belakang.

“Aku yang lama dah mati’

Siti Jamumall

Beliau juga meluahkan rasa syukur kepada keluarga, rakan-rakan dan para pengikut yang setia memberi semangat sepanjang waktu sukar ini.

You guys gonna see the new me, the reborn of Siti Jamumall. Dan aku yang lama dah mati, aku akan setelkan segala benda yang aku nak selesaikan selama dua tahun hancurnya hidup aku.

Perpisahan yang berlaku bukanlah pengakhiran buat Siti, sebaliknya menjadi titik permulaan baharu untuk beliau membina semula kehidupan dan mengejar impiannya yang tertangguh.

Pssttt! Suka tengok semangat Siti Jamumall, lapan hari je dah boleh move on!

Kredit: TikTok Siti Jamumall
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas