Connect with us

Oh! Media

Trending

Kartel Cuba Jatuhkan Ketua Polis Negara, Individu Terlibat Kini Tidak Boleh ‘Bergerak’

Minggu lepas kita semua telah digemparkan dengan berita dimana terdapat kartel yang cuba menjatuhkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

BACA: Ketua Polis Negara Bongkar, Wujud Gerakan Dalaman Yang Sedang Giat Mahu Menjatuhkannya

IKLAN

Menurut laporan Sinar Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan telah pun mengenal pasti individu yang terlibat dalam kartel menjatuhkan Ketua Polis Negara itu.

Tanpa mendedahkan nama mereka yang terlibat, Abdul Hamid berkata, isu berkenaan masih terkawal dan berada dalam pengawasannya dan yakin mereka yang terbabit tidak dapat `bergerak’ ketika ini.

Abdul Hamid berkata, tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya ada warga PDRM yang mempunyai cita-cita untuk meningkatkan keupayaan diri seperti ingin menjawat jawatan pengarah suatu hari nanti.

(Jika bercita-cita) satu hari nanti ingin menjadi Pengarah JSPT (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik), Pengarah JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) tiada silapnya di situ. Saya amat menggalakkan.

Masalahnya apabila cita-cita berkenaan digabungkan dengan amalan-amalan yang tidak sihat ini. yang salah, yang selalu saya kritik, saya nasihatkan supaya dihentikan. – Katanya.

Tindakan susulan juga akan diambil kepada mereka yang terlibat selain akan mengadakan perbincangan berhubung isu itu bersama Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan seterusnya akan berjumpa dengan pengarah jabatan PDRM.

Selepas ini, saya akan berjumpa dan mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan barisan pengarah jabatan PDRM.

Jangan ingat orang tidak tahu ketika kita berjalan megah di tengah pekan kononnya dengan baju biru kita, pistol kita, (maka kita) berjalan megah. Kita ingat orang hormat kita (padahal) di belakang orang ludah kita. – Katanya.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas