Connect with us

Trending

Anak Jadi Bahan Ketawa Kerana Mangkuk Tingkat, Ibu Kanak-Kanak Tampil Beri Kenyataan Padu

Sejak murid-murid dah mula kembali ke sekolah pada minggu lepas, boleh dikatakan bermacam-macam telatah dan ragam lucu yang kita boleh saksikan. Tambah pula dengan adanya ibu ayah dan juga cikgu-cikgu yang rajin berkongsi gambar-gambar mereka di media sosial.

Antara gambar ‘viral’ yang telah tersebar di laman-laman sosial termasuklah gambar seorang murid perempuan yang sedang menikmati bekal makanannya semasa waktu rehat.

IKLAN

Lebih menarik perhatian apabila bekal yang dibawa murid perempuan itu diletakkan di dalam mangkuk tingkat sedangkan rakan-rakannya yang lain hanya membawa bekas makanan biasa.

Sekali imbas sahaja gambar itu akan membuatkan ramai yang terpegun, namun siapa sangka gambar itu juga turut menjadi sindiran buat segelintir netizen di media sosial.

Susulan gambar viral itu, ada juga yang turut menjadikan ia sebagai bahan tawa kononnya murid perempuan itu ingin pergi berkelah. Tak cukup dengan itu, ada juga daripada mereka yang mendakwa si ibu sebenarnya sengaja inginkan perhatian. 

Terkilan didakwa sebegitu, Hasimah Abdullah, ibu kepada murid perempuan itu telah tampil untuk menceritakan hal sebenar mengenai mangkuk tingkat yang dibawa anaknya Batrisya.

Jelasnya, mangkuk tingkat berat itu sebenarnya diusung ke kelas dengan bantuan ayahnya yang juga guru di sekolah itu. Difahamkan juga, bekal tersebut sebenarnya dikongsi oleh mereka berdua anak beranak. Oleh sebab itu, lelaki itu telah menunggu Batrisya makan sehingga habis sebelum dia pula yang menikmati bekal makanan itu.

Tak kurang juga ada netizen yang risau sekiranya makanan berkuah seperti itu akan mengotorkan baju Batrisya. 

Jelas Hasimah, anak perempuannya itu selalunya makan dengan penuh tertib serta tahu menjaga kebersihan selain sering mencuci pinggan sendiri. Dalam pada itu, wanita tersebut tetap berterima kasih dengan segala komen positif serta negatif yang telah diterimanya.

Rata-rata netizen di laman Twitter juga dilihat tidak berpuasa hati dengan segelintir netizen yang menyindir dan menjadikan gambar kanak-kanak itu sebagai bahan ketawa.

Terbaru, ayah kanak-kanak itu juga dikatakan telah tampil meluahkan sesuatu melalui satu perkongsian di akaun Facebook miliknya.

Kepada yang mengecam.. kami sekeluarga maafkan anda semua.. kerana anda mgkin tak tau disebalik cerita yg sebenar.. dan pada yg positif..dan memberi kata2 semangat.. anda semua amatlah hebat. – Tulisnya di Facebook.

Selain itu, ayah kepada kanak-kanak itu juga turut berkongsi gambar dimana anak perempuannya itu telah menerima hadiah berupa mangkuk tingkat daripada syarikat Tupperware.

Alhamdulillah.. rezeki kakak. Smpai rumah tadi tengok ada ejen dari Tupperware dok depan rumah.. depa nak bagi hadiah kat kakak.. angkara mangkuk tingkat 🤣. – Katanya.

Hahaha yang dok suka sangat kecam-kecam tu korang dapat apa? Sekurang-kurangnya adik ni dapat jugak mangkuk tingkat, siap dari jenama Tupperware lagi tauuu!

Kredit: Mohd Rizal Omar

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas