Trending
Kanak-Kanak Autisme, Avelyn Berjaya Diselamatkan Selepas Hilang 6 Jam Dalam Hutan
Seorang kanak-kanak Autisme, Avelyn Alesha Jude, 6, akhirnya ditemui selepas hilang selama enam jam di kawasan hutan berdekatan rumahnya di Kampung Sugud, Penampang.
Mangsa diselamatkan oleh orang kampung yang telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat selepas dikatakan hilang pada jam 4 petang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah juga telah menerima maklumat tentang mangsa yang berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

Mangsa ditemui kira-kira lima kilometer dari rumah keluarganya di kawasan hutan oleh tiga remaja sebelum memaklumkan kepada pasukan keselamatan.
Kanak-kanak Autism tersebut telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan. Pihak keluarga Avelyn juga mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan sehingga Avelyn ditemukan dalam keadaan selamat.

Terima kasih juga kepada bomba, polis dan orang kampung yang turut serta dalam misi SAR
Kesimpulannya, bukan mudah untuk menjaga kanak-kanak autisme. Mereka perlu diberikan pemantauan penuh. Sekiranya leka, mudah untuk mereka pergi ke mana-mana dan hilang.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM