Connect with us

Oh! Media

“Kalau Banyak Ini Yang Menghantarnya, Begitulah Yang Menyambutnya” – Bapa Arwah Nasrun

Trending

“Kalau Banyak Ini Yang Menghantarnya, Begitulah Yang Menyambutnya” – Bapa Arwah Nasrun

Bapa kepada salah seorang mangsa nahas dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan menzahirkan rasa terima kasih kepada warga Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang telah menguruskan jenazah anaknya, Allahyarham Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar dengan baik.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jika Allah Izinkan, Kau Ambillah Pahala Puasa Aku Hari Ini Yun” – Sahabat Salah Seorang Mangsa Nahas

Menurut bapa, apa yang diberikan warga USAS adalah terbaik yang pernah dilihatnya sebelum jenazah ke alam kubur. Dalam nada sayu dan sebak, bapa berkata, “Kalau banyak ini ramai yang menghantarnya, begitulah yang menyambutnya” diikuti dengan takbir daripada para jemaah.

@nadhanif Semoga keluarga tabah. Allahu . Mengalir air mata , kami turuti merasai kesedihan keluarga mereka..#fypシ゚viral #kualakangsar #Usas #fyptiktok Semoga roh2 mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman . Aamin 😭#fypdongggggggg ♬ original sound – Nad Hanif

Rakaman yang dimuat naik pengguna TikTok @nadhanif turut memaparkan bapa memohon kesalahan anaknya diampunkan dan jika ada hutang silalah tampil menuntutnya.

Katanya lagi, doa yang tidak putus-putus daripada orang ramai mengiringi jenazah anaknya ke alam barzakh. Bapa mewakili isteri dan waris-waris mengucapkan terima kasih di atas semuanya.

@nadhanif Al-fatihah . #fypシ゚viral #fypdongggggggg #Usas #kualakangsar ♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Memetik laporan Utusan Malaysia, pemergian Allahyarham Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar sangat dicemburui apabila ratusan jemaah terdiri daripada saudara mara yang datang dari Johor dan Perak serta jiran tetangga dengan puluhan kenderaan mengiringi pengebumiannya di Jalan Kuala Kubu hari ini.

Kredit: TikTok Nad Hanif | Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas