Connect with us

Oh! Media

Kalah Dengan Liverpool, Guardiola Salahkan Pengadil

Guardiolakalah

Trending

Kalah Dengan Liverpool, Guardiola Salahkan Pengadil

Semalam telah berlangsungnya perlawanan blockbuster Liga Perdana Inggeris di antara pasukan Liverpool dan juga Manchester City yang memihak kepada pasukan The Reds dengan jaringan 1-0.

BACA: Jurulatih Liverpool ‘Ditumbuk Dimuka’ Selepas Tersungkur DI Anfield?

Kekalahan itu menyaksikan jurulatihnya, Pep Guardiola berang dan menyalahkan pengadil sebagai punca kepada kekalahan pasukannya.

IKLAN

‘This is Anfield’

Sejurus selepas tamat perlawanan, Guardiola mengecam tindakan pengadil perlawanan, Anthony Taylor yang membatalkan jaringan pembukaan daripada anak buahnya, Phil Foden.

This is Anfield (Ini adalah Anfield). Pengadil berkata main terus, main terus, main terus, tetapi gol tak diberikan.

Itulah persoalannya, pengadil memutuskan untuk bercakap dengan Jurgen Klopp dan penolong jurulatih saya sambil berkata bahawa dia takkan memberikan foul sehinggalah perkara itu jelas kelihatan, dan perlawanan tetap diteruskan (kecuali) gol dari Phil Foden.

Namun dalam masa yang sama, Guardiola memuji persembahan yang ditunjukkan pemain Liverpool sebagai ‘klinikal’ dan sangat bagus selepas menewaskan pasukannya.

Kami melakukan segala-galanya, kami bermain dengan sangat baik dan mencipta peluang. Selalunya kami sangat bagus tetapi kami melakukan kesilapan. Mereka sangat klinikal dan sangat baik.

Screenshot 2022 10 17 at 133222

Jaringan tunggal yang dijaringkan penyerang sensasi, Mo Salah berjaya menewaskan anak-anak buah Pep Guardiola sekaligus melonjakkan pasukan The Reds ke tangga kelapan selepas memulakan beberapa perlawanan dengan aksi buruk di liga.

Kekalahan itu menyaksikan pasukan Manchester City menerima kekalahan pertama mereka dalam saingan liga pada musim ini.

Kredit: Twitter Liverpool FC News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas