Connect with us

Oh! Media

Kakak Suspek Bunuh Kejam Bella Tegur Caprice Jangan Masuk Campur Sebab Adiknya Tak Salah? 

bella bunuh kejam ohmedia

Trending

Kakak Suspek Bunuh Kejam Bella Tegur Caprice Jangan Masuk Campur Sebab Adiknya Tak Salah? 

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai penemuan rangka manusia dalam sebuah rumah sewa terbiar di Tongkang Pechah, Batu Pahat milik ibu tunggal dikenali sebagai Bella telah menarik perhatian ramai termasuk penyanyi rap, Caprice. Kejam betul!

BACA: Kakak Kepada Mangsa Dibunuh Kejam, Bella Muat Naik Kenyataan Panjang Lebar

Terbaru! Ada seorang wanita dipercayai kakak kepada suspek kes itu iaitu Nurul Ezzati telah menghantar mesej (DM) kepada Caprice disebabkan penyanyi rap itu ada mengulas mengenai isu ini.

IKLAN

Hal ini juga ada dikongsikan kakak kepada Arwah Bella menerusi satu posting di akaun Faebooknya yang mendedahkan mesej dari kakak suspek kepada Caprice.

9d1ffb4b acd5 4c57 b004 a01af15b0204

Salam En Ariz, maaf menganggu saya disini berharap Encik Ariz tidak masuk campur atas kes Bella.

Sebab siasatan mash dijalankan, polis juga tidak bersedia untuk bagi apa-apa statement atas kes tersebut kerana belum selesai.

Saya berharap Encik Ariz tidak masuk campur dan memberi statement yang tidak sahih. Kerana saya juga telah mengambil tindakan mahkamah atas sesiapa yang telah mengviralkan kes adik dan family saya.

Saya berharap agar encik Ariz membantu ya.

Kakak kepada Bella juga ada memaklumkan yang dia terima pesanan Whatsapp daripada Caprice selepas dia menerima DM tersebut.

8581fa76 9a82 4ac5 ab9b ce53db15c471

Keadilan untuk Bella, Terima kasih atas sokongan semua dalam urusan pengekebumian Bella.

Tapi tengah scroll dapat chat daripada Caprice. Pada awal kehilangan Bella ramai yang suggest untuk minta bantuan daripada Caprice. Saya ada chat tapi asyik terlupa.

Harini Caprice whatsapp saya tanyakan siapa gerangan dia ni (Nurul Ezzati). Siapa ya dia? Belum apa-apa dia dah DM Caprice.

Siapa sebenarnya mangsa ni? Siapa yang pergi tunjuk rangka tu? Jaga-jaga tau semua nanti kena saman. Tolong siasat siapa dia ya? Goyang ke dik.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk keluarga Bella demi tuntut keadilan.

Kredit: Facebook kakak Bella

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas