Pelbagai reaksi diluahkan penonton selepas mendapat tahu Qaidah dikhianati adik angkatnya sendiri. Tak cukup dengan itu, anaknya Batrisyia pula kahwin lari ketika sedang belajar di luar negara.
Manusia tamak harta dunia
Namun, Qaidah nampaknya hanya memikirkan tentang harta pusaka yang ditinggalkan suaminya, Syed Mirza tanpa menyedari Batrisyia sebenarnya berkahwin dengan abang sendiri.
Di Instagram, Erma Fatima sebagai penulis skrip mendedahkan dia tidak berminat untuk bercerita hanya mengenai penyondol suci.
Terdapat banyak lagi kisah tauladan yang ingin ditonjolkan penulis skrip ini di mana ianya dipercayai berlaku di kehidupan sebenar.
Erma mempersoalkan adakah penonton berani mengaku bahawa mereka juga manusia tamak harta, pentingkan diri sendiri, tak bertanggungjawab, buta kerana cinta dan tak kenal Tuhan seperti mana watak-watak di dalam ‘Lelaki Itu.
Erma ingin menonjolkan tahap keimanan seseorang apabila berdepan dengan dugaan Allah SWT. Tak kiralah sama ada kenal Tuhan atau tidak, seseorang akan ‘sakit’ menghadapi situasi seperti yang dilalui Batrisyia.