Connect with us

Oh! Media

“Jujurnya Betul” – Ikhwan Rosli Setuju Dengan Ibu Fauziah Nawi, Dedah Gaji Penyampai Radio Tinggi

gaji penyampai radio

Trending

“Jujurnya Betul” – Ikhwan Rosli Setuju Dengan Ibu Fauziah Nawi, Dedah Gaji Penyampai Radio Tinggi

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai gaji penyampai radio selepas pelakon veteran Datuk Fauziah Nawi mendedahkan ada penyampai radio stesen swasta menerima gaji mencecah RM150,000 sebulan.

ADVERTISEMENT

Sampai ada netizen ‘palatao’ petik nama penyampai terkenal, Salleh Yaakob dan Linda Onn mendakwa dua penyampai ini mendapat gaji RM45,000 sebulan.

Tetapi dakwaan itu dinafikan Linda sendiri, gaji tak sampai RM10k pun katanya!

BACA: “Pandai-Pandai Je Cakap Gitu” – Linda Onn Nafi Pernah Dapat Gaji Puluh Ribu Masa Jadi DJ Radio

Terbaru, Ikhwan Rosli atau Bong yang pernah bertugas sebagai penyampai radio pula memberikan ‘maklumat’ mengenai gaji DJ yang diketahuinya.

gaji penyampai radio

Kata Ikhwan, jika dibandingkan dalam dunia seni memang benar gaji penyampai radio adalah tinggi. Dia memetik nama penyampai radio senior seperti Halim Othman, Linda Onn dan beberapa nama lain.

@mingguanwanita Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander. #mwambiltahu #mingguanwanita #penyampairadio #industriseni #fyp ♬ original sound – MingguanWanita

Jelasnya, ketika itu stesen radio yang ada hanyalah radio televisyen. Ianya berbeza daripada sekarang yang dah semakin maju dan terdapat banyak platform digital yang boleh digunakan.

Tapi tak semuanya, ia bergantung kepada profile penyampai itu sendiri.

Namun katanya, bayaran yang diterima berdasarkan pengalaman dan skil seseorang penyampai itu sendiri.

Mengenai dakwaan yang dibuat ibu Fauziah Nawi, Ikhwan berkata sejujurnya apa yang diperkatakan memang betul.

Kredit: TikTok Mingguan Wanita

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas