Connect with us

Oh! Media

Jual Pakaian Seragam Polis Tanpa Kebenaran, 6 Individu Ditahan Pihak Berkuasa

Trending

Jual Pakaian Seragam Polis Tanpa Kebenaran, 6 Individu Ditahan Pihak Berkuasa

Menjual pakaian seragam polis tanpa kebenaran adalah salah disisi undang-undang. Baru-Baru ini enam individu termasuk 3 wanita menjahit dan menjual pakaian seragam polis tanpa kebenaran mengundang padah apabila mereka ditahan dalam serbuan yang dilakukan pihak berkuasa di tiga premis di sekitar Pekan Sungai Besi, 19 Mei lalu.

ADVERTISEMENT

Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Pelesenan Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 3 petang.

“Dalam serbuan ini, kami menahan enam individu terdiri daripada tiga lelaki warga Bangladesh dan tiga wanita tempatan berusia antara 30 hingga 52 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu.

“Siasatan awal mendapati tiga wanita tempatan berkenaan adalah pemilik perniagaan dan tiga lelaki warga asing pula adalah pekerja di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shaharon berkata, semua tangkapan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 atas kesalahan tiada kebenaran menjual pakaian dan peralatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain itu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Tiga wanita tempatan berkenaan diberi jamin polis pada hari sama, manakala tiga lelaki warga asing berkenaan direman sehingga 7 Jun ini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kegiatan menjahit dan menjual pakaian serta peralatan PDRM tanpa kebenaran perlu dibanteras kerana dikhuatiri barangan berkenaan disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menyamar sebagai pegawai atau anggota polis.

“Kami mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan itu menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kredit : HarianMetro

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas