Trending
Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Pantai Chenang, Peniaga Didenda RM10,000
Awal tahun lalu, tular di media sosial sebuah kedai makan terletak di Pantai Chenang, Langkawi Kedah menjual ayam goreng kunyit dengan harga RM20 sepinggan.
BACA: Viral Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Pantai Chenang, Pemilik Kedai Tampil Pertahankan Diri
Terbaru, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM10,000 kepada pemilik restoran berkenaan. Tertuduh, Asyuni Mastura Basri berumur 22 tahun mengaku bersalah kerana gagal menyimpan resit dan menyenggara rekod jualan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Viral ayam goreng kunyit RM20 di Langkawi

Lapor Kosmo!, hakim Allan Suman Pillai memerintahkan Asyuni menjalani hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun, tertuduh berjaya melunaskan bayaran denda berkenaan.
Berdasarkan fakta kes, KPDN membuat siasatan ke atas premis milik tertuduh di Pantai Chenang selepas tular aduan pelanggan membabitkan sepinggan ayam goreng kunyit berharga RM20.
Gagal simpan resit, selenggara rekod jualan

Siasatan mendapati tertuduh gagal mematuhi arahan pihak berkuasa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu mengemukakan invois jualan dan belian produk.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 53A(3) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Mengikut pertuduhan, Asyuni didakwa tidak menyimpan resit dan gagal menyenggara rekod jualan bagi tempoh lebih dua tahun, dari Januari 2021 hingga November 2023.
#OhmediaNasihat
Kes ini memberi pengajaran kepada semua peniaga supaya jujur dalam perniagaan. Jangan hanya mementingkan untung sehingga menganiaya pelanggan. Akibatnya, diri sendiri juga yang rugi.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM