Setelah seharian berpuasa, pasti korang nak kan air yang boleh menyegarkan tekak dan boleh menghilangkan dahaga ditambah pula dengan cuaca yang panas sepanjang seharian berpuasa.
Resepi yang ingin dikongsikan #JUADAH pada hari ini ialah jus limau asam boi yang pasti dapat membantu menghilangkan dahaga korang sewaktu berbuka. Resepi ni mudah dan korang boleh cuba buat sendiri di rumah.
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
3 biji asam boi
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1.Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan. 2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan. 3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis. 4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan. 5.Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.
Semudah 1,2,3 sahaja bukan? Waktu berbuka pon nak dekat tu. Selamat mencuba semua.