Connect with us

Oh! Media

‘Tak Nak Jaga Tak Apa, Jangan Fitnah Beliau’ – Rumah Jagaan

Trending

‘Tak Nak Jaga Tak Apa, Jangan Fitnah Beliau’ – Rumah Jagaan

Baru-baru ini, viral di media sosial kisah seorang warga emas yang mendakwa dirinya diabaikan 9 anak kandung. Dakwa warga emas ini, dia mempunyai anak yang tinggal di Shah Alam namun menantu menolak untuk menjaganya di atas alasan susah mahu berjalan.

ADVERTISEMENT

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak bertanggungjawab anak-anak. Walau bagaimanapun, muncul pula respon balas seorang individu yang mengaku sebagai salah seorang menantunya.

Dakwanya, si ibu yang terlebih dahulu membuang anak-anak dari hidup sejak kecil. Malah, suaminya yang miskin didakwa selalu menjadi mangsa hinaan ibu sendiri.

Seolah-olah kesal dengan respon balas dari pihak menantu, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas menerusi hantaran di Facebook berkata mereka sedia mengambil tanggungjawab menjaga si ibu jika tiada siapa yang mampu menjaganya.

Berdasarkan pengalaman kami. Bila media dedahkan perihal warga emas yang di bawah jagaan dan rawatan kami. Pasti ada anak, menantu, dan cucu yang akan respon.

Nasihat kami, jangan kita respon dengan membuka aib mak ayah kita di sosial media. Menceritakan kisah silam mak ayah kita di media sosial tidak menjadikan kita lebih baik di pandangan mata orang lain. Jika tiada sesiapa yang mampu menjaga beliau, tak mengapa. Biarlah kami ambil tangungjawab ini. InshaAllah selagi berkemampuan kami akan menjaga beliau sebaiknya.

Malah, rumah jagaan turut sempat menasihati anak-anak supaya tidak menceritakan kisah silam ibu bapa di media sosial. Seburuk-buruk mana pun ibu bapa, tanpa mereka anak-anak tidak mengenal dunia.

Seburuk mana mak ayah kita, tanpa mereka kita tak kenal dunia. Biarlah Allah yang mengadilinya, kita semua tak layak nak menyalahkan mana-mana pihak. Bukan hak kita nak salahkan anak atau ibu atas perkara yang telah berlaku. Cuma nak ingatkan sedikit. Besar jasa ibu mengandung dan melahirkan kita. Syurga di bawa telapak kaki ibu.

Doakan urusan kami dipermudahkan.Sekali lagi kami ulangi. Menyalahkan mana-mana pihak tidak menyelesaikan masalah yang berlaku. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dunia akhirat. Dunia sementara akhirat kekal selamanya..

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas memohon maaf dan mendoakan yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat. Kepada orang ramai, pihaknya berterima kasih di atas sokongan yang diberikan.

Kredit : Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas