Connect with us

Oh! Media

“Jenazahnya Tersenyum Dan Air Matanya Masih Bertakung” – Sahabat Tabligh Dedah Pemergian Jojo Dicemburui

Ohmedia jojo 1

Trending

“Jenazahnya Tersenyum Dan Air Matanya Masih Bertakung” – Sahabat Tabligh Dedah Pemergian Jojo Dicemburui

Bekas anggota One Nation Emcees (ONE), Nur Hasan Balas (Jojo) telah meninggal dunia semasa menghadiri program Ijtimak Dakwah di Masjid Jamek Sri Petaling sekitar jam 1 petang, semalam.

Lapor Harian Metro, sahabat arwah iaitu pendakwah Maulana Helmi mendedahkan Jojo rebah secara tiba-tiba selepas doa penutup program dibacakan.

Jojo rebah selepas doa penutup

Jojo

Kongsinya lagi, pada program yang bermula Khamis lalu hingga semalam, arwah kelihatan baik-baik sahaja.

IKLAN

Hari ini adalah hari penutup program, jadi memang Jojo ‘pergi’ dalam keadaan tempat baik, bulan yang terbaik dan di dalam majlis ilmu lagi. Memang kematian yang dicemburui.

Namun, pada pagi semalam arwah memakai pelitup muka dan memohon doa sahabat menyatakan dirinya sakit dada dan sesak nafas.

Jojo, yang berasal dari Sabah juga sempat berdakwah selama 40 hari sebelum menyertai program di Masjid Jamek Sri Petaling.

Kematian yang dicemburui

Screenshot 2025 01 27 121359

Ustaz Hj Taufik menerusi TikTok turut berkongsi tentang saat-saat akhir Jojo. Menurutnya, Jojo meninggal dunia dalam keadaan menangis kepada Allah SWT sambil berdoa bersama ribuan jemaah tabligh.

Kematian yang dicemburui. Meninggal dunia dalam Masjid Sri Petaling ketika Ijtimak Ulama’ & Qudama’ Tabligh seluruh Malaysia. Rebah ketika sedang berdoa sambil menangis bersama ribuan jemaah tabligh yang hadir. Jenazahnya tersenyum dan air matanya masih bertakung di mata. Jenazahnya disolatkan oleh ribuan jemaah tabligh. Al-Fatihah buat sahabat tabligh, Almarhum Nor Hassan Baias @ Jojoe One Nation Emcees.

Apa yang lebih mengharukan, jenazah arwah kelihatan tersenyum dengan air mata masih bertakung di matanya. Ribuan jemaah tabligh turut hadir untuk menyolatkan jenazah beliau.

Kematian Jojo disifatkan sebagai “kematian yang dicemburui,” dengan ramai yang menyifatkan Allah SWT telah mengangkat darjatnya kerana amalan baik yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Al-Fatihah buat Almarhum Nor Hasan Baias @ Jojo.

#OhmediaNasihat

Setiap detik hidup kita adalah pinjaman dan peluang untuk menambah amal ibadah. Kisah arwah Jojo mengingatkan kita bahawa kehidupan ini tidak kekal, dan pengakhiran yang baik adalah sesuatu yang harus diusahakan melalui amalan soleh. Semoga kita semua diberi pengakhiran yang mulia.

Ohmedia jojo 1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro | TikTok @ustaz.hj.taufik.ut


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas