Connect with us

Oh! Media

“Tanya Siapa Sahaja, Sudah Tentu JDT Jadi Pilihan Juara Piala Malaysia” – Datuk M Karathu

Trending

“Tanya Siapa Sahaja, Sudah Tentu JDT Jadi Pilihan Juara Piala Malaysia” – Datuk M Karathu

Wah, kehangatan TM Piala Malaysia dah mula terasa ya, tambah-tambah selepas sesi undian pusingan pertama semalam. For sure, ramai penganalisis dan pemerhati bola sepak yang dah mula buat ramalan team mana yang bakal muncul juara. Dan antara yang banyak kali disebut ialah – JDT.

ADVERTISEMENT

Yelah, kalau kita tengok sendiri prestasi JDT pun memang tiptop. Even dalam saingan liga musim ni pun, JDT pegang rekod tanpa kalah. Belum lagi kita sebut tentang barisan pemain yang diorang ada. Semua memang ngam lah! Yang ni bukan ohmedia sendiri yang cakap tau. Jurulatih berpengalaman, Datuk M Karathu pun ada pendapat yang sama.

“Jika tanya siapa sahaja, sudah tentu JDT menjadi pilihan juara Piala Malaysia. Tidak kira siapa lawan mereka, JDT sudah membuktikan bahawa mereka sebuah pasukan yang serba lengkap.” – katanya.

Tapi, jangan yakin sangat. Korang tahu kan yang Piala Malaysia ada format baru? Mana ada dah aksi timbal balik antara pasukan, format perlawanan pun kalah mati. Jadi, semua pasukan ada peluang yang sama. Lagipun, mesti setiap team dah rangka taktik masing-masing untuk menang, kan? Tak mustahil team yang ‘underdog’ pula jadi juara. So, kita tunggu je Piala Malaysia start, dan tengok sendiri betul ke tak ramalan ni.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas